top of page

Jenis-Jenis Perniagaan di Malaysia

Updated: 28 Okt 2021



Di Malaysia terdapat beberapa bentuk perniagaan yang sering dijalankan. Jenis-jenis perniagaan itu ialah Milikan Tunggal, Rakan Kongsi, Syarikat Sendirian Berhad serta Perkongsian Liabiliti Terhad. Setiap perniagaan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri kepada pemilik perniagaan. Manakala, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah badan yang mengawalselia perniagaan di Malaysia supaya mengikut saluran perundangan yang betul melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif.


Milikan Tunggal


Bentuk perniagaan yang pertama ialah perniagaan Milikan Tunggal. Ianya hanya dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik perniagaan sahaja. Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini juga adalah rendah dan boleh diperoleh dari harta milikan pemilik perniagaan dan pinjaman dari keluarga serta rakan-rakan terdekat.


Perkongsian


Seterusnya ialah perniagaan Perkongsian. Dari segi pemilikan, perniagaan ini sama sahaja seperti perniagaan milikan tunggal kecuali ianya dimiliki oleh lebih daripada seorang pemilik. Keuntungan syarikat pula dibahagikan mengikut modal, kerja dan persetujuan bersama ahli perniagaan.


Syarikat Sendirian Berhad


Selain itu, Syarikat Sendirian Berhad. Pada masa kini, Syarikat Sdn Bhd didaftarkan dibawah Akta baru iaitu Akta Syarikat 2016. Entiti perniagaan ini ditubuhkan oleh individu dan bergerak atas namanya sendiri.


Perkongsian Liabiliti Terhad


Akhir sekali, Perkongsian Liabiliti Terhad yang telah diwujudkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2012. Ianya ialah gabungan ciri-ciri sebuah syarikat (Sdn Bhd atau Berhad) dan perkongsian.


Jadual dibawah menerangkan perbezaan empat jenis perniagaan ini:

Milikan Tunggal

Rakan Kongsi

Syarikat Sendirian Berhad

Perkongsian Liabiliti Terhad

Pemilikan

Dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik

​Dimiliki oleh lebih daripada seorang pemilik

​Ahli / pemegang saham mempunyai hak-hak tertentu berkaitan syarikat

Setiap pekongsi mempunyai bahagian dalam keuntungan

Kesinambungan Perniagaan

Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Pernigaan akan ditamatkan sekiranya pemilik telah bersara atau meninggal dunia

​Pemilikan perniagaan tidak boleh ditukar ganti. Pernigaan akan ditamatkan sekiranya rakan kongsi telah bersara atau meninggal dunia

Syarikat akan kekal wujud walaupun pemilik asal meninggal dunia

​Syarikat akan kekal wujud walaupun pemilik asal meninggal dunia

Kelebihan

  • ​Modal kecil

  • Cukai rendah

  • Keuntungan dinikamati sendiri

  • ​Boleh kumpul modal yang lebih banyak

  • Risiko dapat dikongsi Bersama rakan kongsi

  • Cukai rendah

  • ​Jangka hayat perniagaan lebih terjamin

  • Sumber modal lebih besar

  • ​Tidak perlu mengadakan mesyuarat agung

  • Tidak perlu mengemukakan penyata kewangan, akaun perniagaan

  • Tidak perlu diaudit

  • Cukai yang rendah.

Liabiliti

​Liabiliti tidak terhad merangkumi aset peribadi pemilik.

Contoh: Jika pemilik tidak mampu untuk membayar hutang, penghutang boleh menuntut melalui aset peribadi pemilik.

​Liabiliti tidak terhad. Semua rakan kongsi akan bertanggungjawab atas kegagalan dan kerugian perniagaan

​Liabiliti terhad. Sekiranya syarikat gagal untuk memenuhi liabilitinya, penghutang tidak boleh menuntut melalui aset peribadi pemilik

​Perlindungan liabiliti terhad kepada rakan kongsinya dengan peraturan dalaman syarikat yang lebih fleksibel seperti perniagaan rakan kongsi

​Contoh

Untung Enterprise

Saye & Co

Maju Betul Sdn. Bhd.

Tak Rugi PLT





74 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page