Borang B, BE dan BT merupakan tiga (3) jenis borang di bawah kumpulan yang sama, tetapi mempunyai kategori pembayar cukai yang berbeza. Apakah perbezaannya buat ketiga-tiga kategori ini?
Semua jenis borang adalah merupakan untuk kelompok individu, namun sekiranya individu selayaknya perlu mengisi borang B, tidak dibenarkan untuk mengisi dan menghantar borang BE.
Walaupun individu tersebut tidak menjalankan perniagaan, namun pendapatan yang diperolehinya tetap perlu diisytiharkan kepada LHDN. Cukai yang dikenakan terhadap seseorang adalah untuk individu yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:
Untung daripada perniagaan (Berdaftar SSM)
Untung daripada penggajian (Berpendapatan melebihi RM35,000 setahun)
Dividen, faedah atau diskaun
Sewa, Royalti atau Premium
Pencen, Anuiti atau bayaran berkala lain
Pengguna Baru
Buat individu yang belum pernah mendaftarkan diri dengan LHDN, perlu mendapatkan No. Pin untuk daftar Sijil Digital sebelum boleh untuk mengisi e-Borang.
Borang EA/ Borang EC
Proses untuk mengisi borang BE adalah berbeza jika dibandingkan dengan borang B. Memandangkan Borang BE adalah untuk individu yang mendapat pendapatan melalui penggajian, maka perlu mengisi Borang EA atau Borang EC terlebih dahulu.
Borang ini adalah merupakan Borang Penyata Gaji beserta elaun, bonus dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan cukai. Nilai yang dimasukkan ketika e-filing mestilah sama dengan nilai yang terpapar dalam Borang EA/EC ini.
Penalti jika lewat/ gagal hantar borang/ membuat bayaran cukai pendapatan
Sekiranya lewat/ gagal menghantar borang, penalty akan dikenakan bergantung pada tempoh selepas tarikh yang ditetapkan/ lanjutan masa yang dibenarkan.
Bagi kelewatan bayaran cukai pendapatan, menurut Seksyen 103 (3), Akta Cukai Pendapatan 1967: 10% Kenaikan daripada cukai yang perlu dibayar.
Commentaires